Bahaya Ke Tinggalkan Hand Sanitiser Dalam Kereta? Adakah Ia Masih Elok Untuk Digunakan? Ini Penjelasannya

Sekarang ini hand sanitiser umpama bestfriend kita, kemana sahaja kita pergi pasti kita akan bawa hand sanitiser bersama.

Sebab tu, ada yang tinggalkan hand sanitiser dalam kenderaan masing-masing khususnya kereta.

Persoalannya, tak bahaya ke tinggalkan hand sanitiser dalam kereta? Masih berkesan ke hand sanitiser tersebut?

Ini penjelasannya…

Hand sanitiser dalam kereta? Eh boleh guna lagi ke?

Mesti ramai yakin tinggalkan hand sanitiser dalam kereta kan? Tapi sedar atau tak sedar sebenarnya hand sanitiser yang terdedah kepada cahaya matahari ini akan kurang keberkesanannya lebih lebih lagi jika terdedah dalam jangka masa panjang.

Untuk makluman korang, semua bahan kimia boleh melerai jika dibiar di bawah cuaca panas, sama juga bahan di dalam hand sanitiser.

Hand sanitiser kan mengandungi alkohol, jadi kandungan alkohol ini akan melerai dan tersejat jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh masa yang lama.

Disebabkan itu, peratusan alkohol di dalam hand sanitiser ini akan berkurang sekaligus mengurangkan keberkesanannya.

Setiap hand sanitiser memerlukan sekurang-kurangnya 60% alkohol, semakin tinggi peratusannya semakin berkesan ia.

Tapi korang jangan risau, boleh sahaja simpan hand sanitiser dalam kereta, cuma pastikan ia tempat yang teduh dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Hand sanitiser meletup dalam kereta?

Eh betul ke? Menurut Dr Jason McKnight daripadda Texas A&M College of Medicine, tindakan menyimpan hand sanitiser dalam kereta tidak berbahaya dan selamat.

Alkohol atau ethyl alkohol yang ada dalam cecair itu hanya boleh terbakar jika terdedah pada suhu 315 hingga 371 darjah celcius.

Justeru mustahil berkeadaan sebegitu panas, walaupun dalam keadaan kemarau.

Bagaimanapun dinasihatkan untuk jauhkan hand sanitiser dari punca haba seperti elektrik dan api!

Ingat tu…

Sumber : hello doktor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s