Konspirasi The Unsinkable : Yang Karam Bukanlah Titanic Sebaliknya The Olympic?

Disifatkan sebagai kapal yang tak akan tenggelam, The Titanic yang merupakan kapal mewah yang membawa penumpang dan krew sebanyak 2,224 tanpa disangka-sangka tercatat dalam lipatan sejarah dunia.

Kapal yang gah itu dibina oleh Harland dan Wolff di Ireland untuk syarikat The White Star Line dan dilancarkan pada 31 Mei 1911.

Lapan hari selepas ia dilancarkan pada 2 April 1912, The Titanic memulakan ekspedisi sulungnya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun selepas hampir 2 minggu berlayar, kapal ini dikatakan telah terlanggar sebuah icerberg sehingga menyebabkan kapal ini bocor dan dimasuki air.

Akibat daripada itu, kapal yang digelar The Unsinkable itu tenggelam 2 jam 45 minit selepas perlanggaran itu.

Susulan nahas itu dilaporkan lebih daripada 1,500 penumpang dan krew terkorban daripada jumlah 2,224 yang dibawa kapal itu.

Namun, pelbagai spekulasi dan teori timbul susulan tragedi yang mengejutkan itu. Antara yang popular ialah spekulasi mengatakan kapal itu dibawa terlalu laju, menara pemantau tidak mempunyai binokular selain tiada laporan mengenai ‘kewujudan’ iceberg ketika pelayaran.

Namun dalam banyak-banyak spekulasi, kaitan The Titanic dan The Olympic yang paling mencuri tumpuan.

Ini kisahnya…

The Olympic, kapal ‘kembar’ Titanic

Rupa-rupanya, sebelum Titanic ini dihasilkan, sebuah kapal lain yang bentuknya hampir sama dengan Titanic telah dibuat, iaitu The Olympic.

Tanggal 14 Jun 1911, The Olympic telah memulakan pelayaran sulungnya, namun dalam pelayaran kelima, The Olympic telah terlanggar HMS Hawke dan selamat kembali ke pelabuhan meskipun mengalami kerosakan.

So, apa kaitan dengan Titanic? Kat sinilah teorinya bermula

Robin Gardiner yang merupakan seorang penulis telah tampil dengan idea ini, yang mana dakwanya kapal yang tenggelam pada tengah malam 14 April 1912 bukanlah Titanic sebaliknya The Olympic.

Katanya kapal yang tenggelam pada tarikh tersebut adalah Olympic yang menyamar sebagai Titanic susulan kedua-duanya yang mempunyai rupa bentuk yang hampir sama.

Kemalangan Dirancang Untuk Tuntut Wang Pampasan

Nak dijadikan cerita rupanya kemalangan The Olympic dan penyamarannya adalah untuk menuntut wang pampasan insurans.

Ketika perlanggaran The Olympic dengan HMS Hawke, syarikat White Star Line terpaksa tanggung kerugian, malah perlu juga membayar kos guaman, pembaikan dan kerugian kerana Olympic tidak dapat berlayar.

Lebih teruk lagi syarikat insurans yang bertanggungjawab iaitu Lloyd London pula tidak mahu bayar wang tuntutan

Sebab itu mereka rancang kemalangan tersebut dan gunakan kapal The Olympic yang sememangnya rosak dalam pelayaran sulung The Titanic.

Antara kenyataan sokongan

  1. Kapal Olympic menukar bahagian kapal yang mempunyai nama Titanic
  2. Ujian pelayaran Titanic sepatutnya ambil masa 12 jam tapi ketika ujian ia ambil masa 2 hari kerana The Olympic tidak berupaya gunakan kelajuan sepenuhnya ekoran kerosakan yang dialami sebelum ini.
  3. Percaya dengan idea bahawa sebuah iceberg tidak mampu tenggelamkan kapal sedemikian rupa.

Malah ada beberapa lagi kenyataan sokongan yang lain.

Bukan itu sahaja, menurut sumber individu yang biaya pembinaan Titanic iaitu J.P Morgan menarik diri beberapa jam sebelum Titanic berlepas, padahal ia merupakan pelayaran yang dinanti-nantikannya.

Bagaimanapun ini hanyalah teori dan spekulasi, kebenaran kepada tragedi ini masih lagi menjadi teka-teki.

Sumber : iluminasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s