Buat anda semua yang sekarang ini mencari kereta, rasanya ini merupakan peluang terbaik untuk memiliki kenderaan model Honda.

Berikutan pengecualian cukai jualan seperti diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), model honda menurunkan harga mereka sehingga RM9,502.47 berkuatkuasa semalam, 15 Jun 2020.

Honda Malaysia berkata harga baharu itu selaras dengan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi model import sepenuhnya, lapor Berita Harian.

Menerusi pelarasan harga baharu itu…

Model CKD iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63.

Sementara, model CBU iaitu Odyssey turun sebanyak RM9,502.47.

Harga baharu tersebut sah sehingga 31 Disember 2020.Malah pelanggan juga akan menikmati promosi istimewa menerusi kempen “Kita Bersama Deals”.

Dibawah merupakan senarai harga Honda bagi Semenanjung Malaysia

Manakala ini merupakan senarai harga Honda di Malaysia Timur