Ramai sedih bila tak boleh balik kampung akibat larangan perjalanan rentas negeri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun dalam duka, terselit sedikit kegembiraan bila perdana menteri memberi kebenaran ziarah hari raya dalam negeri yang sama dengan maksimum kunjungan seramai 20 orang pada satu-satu masa.

So mesti korang ada  fikir pasal duit raya kan? Jangan risau, sebab korang dah tak perlu susah-susah beratur kat bank untuk tukar duit raya.

Mungkin ada yang tak tahu lagi, kat sini admin nak share cara tukar duit raya baru :

Ikut cara-cara ini, dan korang boleh beraya dengan seronoknya

1. Pergi ke Maybank yg besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar).

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.

5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula2 dia kata dah habis. Biasalah. Lepas tu apa lagi….cakaplah, Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis…..tapi bang, Saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk……

(haa..sambung sendiri la…takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training lettew ) 😁

So apa tunggu lagi, jangan lambat-lambat!