Sebelum ni kecoh di media sosial mengenai penjualan kad pengenalan palsu secara online.

Kegiatan penjualan IC ini dilihat semakin terbuka dan tidak berselindung seolah-olah tiada penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Sedangkan hakikatnya penjualan dokumen seperti IC, Sijil Kelahiran kepada warga asing merupakan satu pengkhianatan kepada negara.

Terbaru ada sebuah lama web All Genuine Documents dilaporkan menjual kad pengenalan palsu dengan harga sekitar USD300 (RM1,295), manakala pasport pula dijual pada harga sekitar USD1,400 (RM6,041).

Apa yang pembeli perlu lakukan? Mereka hanya perlu isi maklumat peribadi seperti :

  • Nama awal dan akhir
  • Jantina
  • Tarikh lahir dan tempat lahirAlamat dan tanda tangan digital dengan resolusi yang tinggi

Tak lupa mereka juga perlu memberi gambar berukuran passport.

Menurut sumber, selain Malaysia antara negara lain yang menjadi mangsa penjualan kad pengenalan dan passport haram secara online ini adalah Portugal, Ireland, Sepanyol, Kanada, Belgium, USA dan Netherlands.

Malah, individu yang pernah gunakan pekhidmatan ini sangat berpuas hati dengan service dan kualiti yang diberikan.

Laman web tersebut bukan sahaja menjual IC dan sijil kelahiran tetapi turut menawarkan service untuk membuat lesen memandu, sijil IELTS dan dokumen cerai.

Bagaimanapun sehingga kini dalang kepada perkhidmatan tersebut masih belum diketahui.

Malah bila korang pergi laman web ini, pergi ke https://allgenuinedocuments.com/product/malaysian-id-card/ tapi keputusannya 404 error!